Lelaki dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja

P Thivagaran
P Thivagaran
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar untuk ke tempat kerja di sebuah kebun di Sertik, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan P Thivagaran, 24 dilaporkan adik lelakinya (pengadu) kira-kira jam 12.04 tengah hari pada Khamis.

Menurutnya, kali terakhir pengadu melihat abangnya itu di rumah mereka di Kampung Baru, Karak pada hari kejadian semasa mangsa hendak keluar bekerja.

"Kali terakhir mangsa dilihat berbaju dan berseluar pendek hitam.

"Mangsa memiliki ciri-ciri fizikal seperti berbadan kurus, berkulit gelap, tinggi kira-kira 178 sentimeter dan berat badan kira-kira 75 kilogram," katanya.

"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit agar tampil ke mana-mana balai polis terdekat atau hubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki hilang selepas keluar bekerja di kebun di Sertik, Bentong
  • Kehilangan dilaporkan oleh adik lelakinya pada Khamis tengah hari
  • Mangsa terakhir dilihat berpakaian baju dan seluar pendek berwarna hitam di Kampung Baru, Karak
  • Berbadan kurus, kulit gelap, tinggi 178cm dan berat 75kg
  • Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan lelaki yang hilang sejak Isnin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!