Kisah inspirasi diuji ketika menuntut ilmu

Sokongan psikologi, kemudahan fleksibel dan budaya penyayang dalam ekosistem pendidikan tinggi sangat penting bagi memastikan lebih ramai pelajar mampu meneruskan pengajian tanpa rasa keseorangan.
Sokongan psikologi, kemudahan fleksibel dan budaya penyayang dalam ekosistem pendidikan tinggi sangat penting bagi memastikan lebih ramai pelajar mampu meneruskan pengajian tanpa rasa keseorangan.
A
A
A

BEBERAPA kisah yang memberi inspirasi oleh beberapa graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini nyata menyentuh hati kita semua.

Ada yang berjuang sendirian selepas bercerai dan diuji masalah kesihatan, semuanya memerlukan pengorbanan yang tiada nilainya.

Ia sebahagian daripada resam orang menuntut ilmu dengan tekad untuk memajukan diri dan keluarga demi masa depan yang lebih baik.

Apa yang berlaku kepada Nurfarhain Mohamed Rusli, 40, yang berjaya memperoleh PhD Kejuruteraan Awam ketika bertungkus lumus membahagikan masa antara kerja sepenuh masanya di Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC) UTM, rawatan anaknya serta yang paling perit, diuji dengan perceraian dua tahun lalu, menceritakan segala-galanya. Akhirnya Nurfarhain berjaya menamatkan pengajian dalam masa 11 tahun.

Bukan mudah sampai ke tahap itu. 11 tahun cukup untuk menjadikan seseorang itu ‘muak’ dengan silibus, ulangkaji serta penulisan akademik, tapi kecekalan mengatasi segala-galanya.

Begitu juga kisahnya dengan Dr Noraida Abd Manaf, 43, yang masih menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu, berjuang dengan penyakit untuk mencapai impiannya.

Graduan PhD Sains Kesihatan itu mengambil masa 12 tahun menghabiskan pengajian dengan sakit buah pinggang yang dideritainya.

Tanpa mengenal erti putus asa, dia tetap gigih mencapai impian untuk bergelar Doktor Falsafah, sesuatu yang sukar dibuat oleh mereka yang tidak cukup kental.

Kisah-kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa perjalanan hidup setiap orang tidak pernah sama. Ada yang jalannya lurus, ada yang penuh simpang dan duri, namun matlamatnya tetap satu iaitu mencari ilmu sebagai bekal membina masa depan.

Artikel Berkaitan:

Sokongan psikologi, kemudahan fleksibel dan budaya penyayang dalam ekosistem pendidikan tinggi sangat penting bagi memastikan lebih ramai pelajar mampu meneruskan pengajian tanpa rasa keseorangan.

Institusi pengajian tinggi dan masyarakat wajar mengambil inspirasi daripada ketabahan mereka.

Akhirnya, graduan-graduan ini membuktikan bahawa gelaran PhD bukan sekadar huruf di hujung nama tetapi simbol keberanian manusia melawan takdir yang sukar.

Jika mereka mampu tiba ke garisan penamat walau dihimpit ujian yang berat, apa alasan kita untuk berputus asa?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!