Wanita maut direnjat elektrik dalam bilik mandi

Mangsa dibunuh dengan renjatan elektrik semasa mandi. Foto Agensi
Mangsa dibunuh dengan renjatan elektrik semasa mandi. Foto Agensi
A
A
A

HEBEI - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di utara China menulis surat kepada mahkamah, merayu agar hukuman terhadap bapanya diringankan selepas lelaki itu membunuh isterinya dengan renjatan elektrik ketika wanita itu mandi.

Kes berkenaan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial tanah besar China selepas keputusan mahkamah di wilayah Hebei didedahkan kepada umum pada awal November.

Lelaki itu, Yang, 36, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh isterinya, Yin, dengan renjatan elektrik pada Mac 2023.

Pasangan itu berkahwin pada 2010, namun antara 2014 hingga 2017 mereka bercerai dan kedua-duanya berkahwin lain.

Mereka mempunyai dua anak iaitu seorang anak perempuan berusia 14 tahun dan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Selepas bertahun-tahun bertengkar, Yang merancang untuk membunuh wanita itu ketika sedang mandi.

Yang berkata, dia mengalami konflik serius dengan Yin kerana hubungan wanita itu yang buruk dengan ibunya, selain menuduh Yin mempunyai hubungan sulit.

Keadaan menjadi begitu tegang sehingga dia pernah mendapatkan rawatan di hospital untuk memeriksa keadaan mentalnya.

Pada Mac 2023, ketika Yin mandi, Yang menceroboh masuk rumah bekas isterinya dan mengalirkan arus elektrik ke sebuah tiub keluli pada pemanas air di bilik mandi bagi melaksanakan rancangannya.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian meletakkan mayat wanita di atas katil di bilik tidur sebelum menyerah diri kepada polis keesokan paginya.

Yang memberitahu polis bahawa dalam perjalanan ke balai, dia menghubungi sepupunya untuk menjaga anak lelakinya.

Dia turut meminta seorang rakan lain menjaga anak perempuannya.

Sejak kejadian itu, kedua-dua kanak-kanak itu hanya dijaga oleh ibu bapa Yang.

Mahkamah di Hebei berkata tindakan Yang memenuhi kesalahan membunuh dengan niat.

Walaupun pendakwa mencadangkan hukuman mati yang digantung pelaksanaan, mahkamah memutuskan hukuman lebih ringan bagi menunjukkan “kelembutan pihak kehakiman”.

Dalam masa sama, anak perempuan Yang menulis surat kepada mahkamah, merayu agar bapanya diberikan peluang.

“Saya tahu ayah telah melakukan kesilapan. Tetapi dia seorang yang baik hati dan selalu bertanggungjawab di rumah. Saya harap dia boleh pulang untuk membantu menjaga saya dan adik,” tulisnya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas mengambil kira keadaan anak-anak tersebut.

Mahkamah mengakui hukuman itu mungkin ditentang keluarga Yin dan berharap mereka dapat memahami niat baik berkenaan.

Kisah itu menarik perhatian besar dalam media sosial di China. - Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang remaja perempuan di China menulis surat kepada mahkamah merayu agar hukuman terhadap bapanya yang membunuh isterinya diringankan
  • Bapa tersebut, Yang, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh isterinya dengan renjatan elektrik
  • Yang dan Yin, pasangan yang berkahwin pada 2010, bercerai antara 2014 hingga 2017 dan mempunyai dua anak
  • Yang mendakwa konflik serius dengan Yin dan merancang pembunuhan ketika Yin mandi pada Mac 2023
  • Mahkamah di Hebei menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Yang, dengan mengambil kira keadaan anak-anak mereka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!