Saksi kes gaduh di Kemayan Square dicari

Munisvaran dicari pihak berkuasa untuk bantu siasatan.
Munisvaran dicari pihak berkuasa untuk bantu siasatan.
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga saksi kejadian pergaduhan di hadapan sebuah pusat beli belah di Kemayan Square di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, saksi yang masih bebas dikenali sebagai S Munisvaran, 36, beralamat terakhir di Jalan Mutiara Galla 7, Seremban.

“Polis bagaimanapun berjaya menahan tiga lelaki lingkungan 21 tahun hingga 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian pada hari sama.

“Kesemua yang ditahan masih dalam tahanan reman sejak Sabtu lalu hingga hari ini (semalam),” katanya, semalam.

Berdasarkan siasatan, punca kejadian lebih kurang jam 10.15 malam itu adalah kerana selisih faham bermula daripada sebuah kedai permainan di dalam pusat beli belah tersebut.

“Saksi yang masih bebas telah dikenalpasti sepertimana dinyatakan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Najeeb Mohammed Shukri di talian 06-6033284 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian hotline 06-6014999.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tidak perlu viralkan kes ini, sebaliknya tampil bantu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: