15 individu langgar PKP ditahan

1
1
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 15 individu ditahan menerusi Ops Covid-19 yang dilaksanakan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Polis menggesa orang ramai patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak memandang remeh perkara ini.

"Duduk di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan mendesak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi operasi kelmarin, Nik Ezanee berkata, seramai lima individu termasuk dua warganegara Myanmar ditahan.

Beliau berkat,a operasi pada awal pagi semalam pula pihaknya menahan seramai 10 individu di sekitar Petaling Jaya.

"Polis berharap tahap pematuhan PKP dapat ditingkatkan kepada 90 peratus selepas ini," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP akan dilanjutkan sehingga 14 April depan dalam usaha memutuskan rantaian pandemik koronavirus (Covid-19).