Majlis Keselamatan PBB lulus resolusi tubuh pasukan antarabangsa di Gaza

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang digubal Amerika Syarikat bagi mengukuhkan pelan damai Gaza oleh Presiden, Donald Trump termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan negara Palestin. Foto X @UN_News_Centre
Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang digubal Amerika Syarikat bagi mengukuhkan pelan damai Gaza oleh Presiden, Donald Trump termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan negara Palestin. Foto X @UN_News_Centre
A
A
A

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin meluluskan resolusi yang digubal Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan pelan damai Gaza oleh Presiden Donald Trump, termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan negara Palestin.

Resolusi itu menerima 13 undi menyokong, tanpa sebarang veto manakala Rusia dan China memilih untuk berkecuali.

Washington menyifatkan keputusan tersebut sebagai “bersejarah dan konstruktif”.

Duta AS ke PBB, Mike Waltz berkata: “Resolusi hari ini adalah satu langkah penting yang akan membolehkan Gaza makmur dan mewujudkan persekitaran yang menjamin keselamatan Israel.”

Apa kandungan resolusi?

Teks resolusi yang melalui beberapa pindaan hasil rundingan intensif itu mengesahkan pelan Trump yang membolehkan gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu.

Pelan damai itu merangkumi:

* Penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) yang akan bekerjasama dengan Israel, Mesir dan polis Palestin yang dilatih semula untuk mengawal sempadan serta nyahmilitarisasi Gaza.

* ISF diberi mandat melucutkan senjata kumpulan bersenjata bukan negara, melindungi orang awam dan memastikan laluan bantuan kemanusiaan.

Artikel Berkaitan:

* Pembentukan Lembaga Damai, badan pentadbiran sementara Gaza sehingga akhir 2027 – yang secara teori akan dipengerusikan Trump.

* Resolusi turut menyebut kemungkinan pembentukan negara Palestin selepas reformasi dilakukan oleh Pihak Berkuasa Palestin dan proses pemulihan Gaza berjalan lancar.

Reaksi dan cabaran

Israel menolak keras idea negara Palestin, manakala Rusia mengemukakan draf alternatif yang menekankan komitmen terhadap penyelesaian dua negara tanpa mengizinkan penempatan pasukan antarabangsa buat masa ini.

AS bagaimanapun berjaya meraih sokongan beberapa negara Arab dan majoriti Muslim termasuk Qatar, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Jordan dan Turkiye.

Lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman ke White House minggu ini dijangka menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh strategi AS di Asia Barat, ketika gencatan senjata di Gaza terus goyah dengan pelanggaran hampir setiap hari. - Agensi/Awani

Ringkasan AI

  • Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi AS untuk pelan damai Gaza termasuk penempatan pasukan antarabangsa
  • Resolusi itu menerima 13 undi menyokong tanpa veto, Rusia dan China berkecuali
  • Resolusi mengesahkan pelan Trump untuk gencatan senjata antara Israel dan Hamas serta nyahmilitarisasi Gaza
  • Pelan merangkumi pembentukan Pasukan Penstabilan Antarabangsa dan Lembaga Damai untuk pengurusan Gaza
  • Israel menolak idea negara Palestin manakala AS meraih sokongan negara Arab dan Muslim untuk strategi di Asia Barat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!