'Netanyahu akan ditangkap jika masuk New York'

Benjamin Netanyahu.- Foto Agensi
Benjamin Netanyahu.- Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK– Datuk Bandar New York yang bakal mengangkat sumpah, Zohran Mamdani mengukuhkan pendiriannya untuk mengarahkan polis bandar itu menahan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu jika beliau memasuki bandar raya itu, selaras dengan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin tersebut.

Mamdani, 34, seorang sosialis Demokrat dan Datuk Bandar pertama beragama Islam serta berketurunan Asia Selatan, memenangi pilihan raya 2025 dengan 50.4 peratus undi.

Pendiriannya yang lantang mengenai Gaza menjadi antara tanda utama kempen beliau dan terus mencetuskan perhatian selepas kemenangan itu.

Beliau menegaskan, waran ICC perlu dihormati di New York, meskipun pakar undang-undang berkata, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kuasa melaksanakan waran antarabangsa tanpa penglibatan kerajaan Persekutuan.

Mamdani tetap mempertahankan janjinya dan menyifatkan ia sebagai pendirian moral terhadap serangan Israel di Gaza.

Netanyahu ketika ditanya sama ada beliau bimbang akan ditahan sekiranya melawat New York, beliau menjawab 'tidak sama sekali'.

Beliau menyifatkan kenyataan Mamdani sebagai retorik politik dan menuduhnya tidak memahami isu ekonomi serta antisemitisme.

Perdana Menteri Israel itu juga memberi amaran bahawa dasar sosialis yang dibawa Mamdani boleh membawa New York ke arah kemerosotan ekonomi.

Netanyahu turut meramalkan masa depan yang 'suram' untuk bandar raya itu di bawah pentadbiran baharu tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Datuk Bandar New York terbaharu, Zohran Mamdani mengarahkan polis New York untuk menahan Benjamin Netanyahu berdasarkan waran daripada ICC
  • Mamdani berusia 34 tahun itu merupakan sosialis Demokrat dan dipilih sebagai Datuk Bandar Muslim pertama selain berketurunan Asia Selatan
  • Pendirian Mamdani tentang Gaza menjadi fokus utama dalam kempennya dan terus menarik perhatian setelah kemenangannya
  • Walaupun pakar undang-undang menyatakan pihak berkuasa tempatan tiada kuasa melaksanakan waran antarabangsa, namun Mamdani tetap pada pendiriannya sebagai tindakan moral
  • Netanyahu tidak takut dengan ancaman penahanan dan menyifatkan kenyataan Mamdani sebagai retorik politik, sambil memberi amaran tentang potensi kemerosotan ekonomi di bawah pentadbiran Mamdani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!