Isu 40 peratus hasil Sabah: Perkataan rayuan tidak sesuai digunakan - Peguam

SHAH ALAM - Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu 40 peratus hasil Sabah sebagai mengelirukan.
Ini kerana beliau berkata, rayuan hanya boleh difailkan terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah.
Jelas Mohamed Haniff Khatri, prosedur yang betul dari segi perundangan adalah permohonan membatalkan (expungement) bahagian alasan penghakiman yang dirasakan tidak wajar oleh kerajaan.
“Ada prinsip undang-undang dalam kes Fawziah Holdings Sdn Bhd vs Metramac Corporation Sdn Bhd yang mana alasan penghakiman telah menyentuh individu tidak berkaitan.
“Kedua-dua pihak tersebut telah membuat permohonan untuk mencelah dan memohon agar bahagian atau perenggan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang menyentuh kepada mereka dipadam.
“Begitu juga dalam kes (Sabah) ini, perkataan merayu tidak sesuai digunakan,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu memberikan nasihat yang betul untuk membezakan dua perkara tersebut dengan lebih jelas dari sudut perundangan.
Ringkasan AI
- Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyatakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman isu hasil Sabah sebagai mengelirukan
- Rayuan hanya boleh difailkan terhadap keputusan mahkamah, bukan alasan penghakiman
- Prosedur yang betul adalah permohonan membatalkan (expungement) bahagian alasan penghakiman yang tidak wajar
- Dalam kes Fawziah Holdings vs Metramac Corporation, prinsip undang-undang memperbolehkan mencelah dan memadam bahagian alasan penghakiman yang tidak berkaitan
- Jabatan Peguam Negara perlu memberi nasihat yang tepat untuk membezakan antara memfailkan rayuan dan permohonan pembatalan alasan penghakiman
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
