X

Kindly register in order to view this article
!

70 peratus sumbangan untuk bantuan segera kepada rakyat

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk menggunakan 70 peratus daripada RM8.129 juta wang Tabung Sumbangan Covid-19 yang terkumpul setakat ini untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak lebih seminggu lalu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah RM5.68 juta itu untuk bantuan bekalan makanan kepada rakyat khususnya golongan miskin.

"Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan mengagihkan bekalan makanan kepada golongan miskin dan mereka yang memenuhi syarat.

"Jadi, kita akan mula agihan ini dan akan diumumkan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sendiri nanti," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut menafikan ada kenderaan yang membawa bekalan makanan disekat oleh pihak polis.

Beliau menjelaskan, dakwaan itu hanya fitnah kerana kenderaan berkenaan diberikan laluan mudah pada setiap sekatan jalan raya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus