Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior bernilai RM600 juta

Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior bernilai RM600 juta untuk perbankan patuh Syariah
Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior bernilai RM600 juta untuk perbankan patuh Syariah
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM600 juta Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Berhad.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, terbitan itu dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 6 November 2025 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Berhad.

“Terbitan tersebut merangkumi dua bahagian iaitu RM400 juta bagi tempoh tiga tahun dan RM200 juta bagi tempoh lima tahun. Permintaan terhadap sukuk ini sangat menggalakkan dengan bidaan sebanyak 3.55 kali daripada jumlah terbitan sebenar.

“Jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk Wakalah Senior berkenaan akan dimanfaatkan oleh Bank Rakyat bagi tujuan perbankan patuh syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad telah dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program Sukuk Wakalah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM600 juta Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah.
  • Terbitan itu dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 6 November 2025 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion.
  • Terbitan tersebut merangkumi dua bahagian, RM400 juta bagi tempoh tiga tahun dan RM200 juta bagi tempoh lima tahun.
  • Permintaan terhadap sukuk ini sangat menggalakkan dengan bidaan sebanyak 3.55 kali daripada jumlah terbitan sebenar.
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad telah dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program Sukuk Wakalah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!