DOF belum terima aduan kes curi hidupan marin di Port Dickson

Jabatan Perikanan Negeri Sembilan tidak menerima aduan rasmi kegiatan curi hidupan marin di perairan Pantai Tanjung Biru hingga ke Tanjung Tuan. Gambar kecil: Kassim.
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan tidak menerima aduan rasmi kegiatan curi hidupan marin di perairan Pantai Tanjung Biru hingga ke Tanjung Tuan. Gambar kecil: Kassim.
A
A
A

PORT DICKSON – Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Sembilan setakat ini tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan berlakunya kegiatan mencuri hidupan marin di perairan Pantai Tanjung Biru hingga ke Tanjung Tuan di sini.

Pengarahnya, Kassim Tawe berkata, mana-mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi DOF bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, setakat ini hanya satu kes pencerobohan nelayan dilaporkan berlaku di kawasan terbabit dan tindakan menyita peralatan serta sampan mereka telah pun diambil.

“Kita beranggapan ia (curi hidupan marin) itu sekadar andaian sahaja kerana sehingga kini tiada aduan rasmi dibuat kepada jabatan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

“Setakat ini, yang ada hanyalah kes tangkapan nelayan menceroboh tetapi bagi kegiatan mencuri atau mengambil ikan secara haram di kawasan itu memang tiada laporan diterima," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jelasnya, kawasan perairan sejauh satu batu nautika di Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Perikanan di bawah Akta Perikanan 1985.

Tambahnya, ini bermakna semua jenis aktiviti perikanan seperti memancing, memukat dan mengutip hasil laut adalah dilarang di kawasan itu.

"Jika didapati melanggarnya boleh dikenakan denda minimum RM500 atau denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Perikanan Negeri Sembilan tidak menerima aduan rasmi tentang kegiatan mencuri hidupan marin di Pantai Tanjung Biru hingga Tanjung Tuan.
  • Individu yang mempunyai maklumat kegiatan mencuri hidupan marin diminta menghubungi Jabatan Perikanan.
  • Setakat ini satu kes pencerobohan nelayan dilaporkan dan tindakan telah diambil.
  • Kawasan perairan hingga satu batu nautika di Tanjung Tuan adalah Kawasan Larangan Perikanan menurut Akta Perikanan 1985.
  • Melanggar peraturan Kawasan Larangan Perikanan boleh dikenakan denda hingga RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!