Topuria 'menguap' tonton UFC 322

Topuria (kanan) berkata dia mampu 'menidurkan' Islam menerusi satu tumbukan. FOTO: Agensi
Topuria (kanan) berkata dia mampu 'menidurkan' Islam menerusi satu tumbukan. FOTO: Agensi
A
A
A

JUARA dunia lightweight UFC, Ilia Topuria mengkritik kemenangan Islam Makhachev ke atas Jack Della Maddalena dalam pertarungan utama UFC 322 bagi merebut kejuaraan welterweight pada Ahad.

Topuria menyifatkan persembahan bintang Dagestan itu sebagai paling membosankan dalam sukan tempur.

Petarung Georgia itu sebelum ini melepaskan gelaran featherweight, semata-mata mahu mencabar Islam di kelas lightweight.

Sebaliknya, Islam memutuskan untuk beralih ke divisyen welterweight kerana mendakwa sudah tiada petarung yang mampu mencabarnya di kelas lightweight.

“Saya boleh terlelap setiap kali menonton Islam bertarung.

“Mungkin petarung lain amat payah menumbangkannya tetapi bukan saya.

“Saya percaya boleh 'tidurkan' Islam dengan tumbukan knock out (KO),” katanya.

Dalam pada itu, Topuria amat kecewa dengan persembahan Della Maddalena yang sepatutnya tampil lebih agresif memandangkan statusnya sebagai juara dunia welterweight.

“Jack perlukan satu kem latihan khas hanya untuk memperhalusi teknik bergusti.

Artikel Berkaitan:

“Dia patut datang ke Georgia untuk belajar sesuatu,” ujar Topuria

Sebelum ini, Topuria menggelar Islam sebagai pengecut kerana 'lari' ke divisyen welterweight.

Kemenangan di UFC 322 menyaksikan Islam muncul petarung ke-11 meraih gelaran di dua divisyen berbeza di UFC selepas mempertahankan kejuaraan lightweight sebanyak empat kali.

Ringkasan AI

  • Juara dunia lightweight UFC, Ilia Topuria mengkritik kemenangan Islam Makhachev di UFC 322 sebagai membosankan
  • Topuria berhasrat menantang Islam di kelas lightweight, tetapi Islam beralih ke welterweight
  • Topuria yakin dia bisa mengalahkan Islam dengan knockout
  • Topuria kecewa dengan persembahan Della Maddalena yang kurang agresif
  • Topuria mencadangkan Della Maddalena perlu memperbaiki kemahiran bergusti dengan berlatih di Georgia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!