KDN semak kejadian kapal nelayan, tiga kru 'ghaib' lebih sebulan

Laporan Sinar Harian pada 14 November. Gambar kecil: Saifuddin Nasution
Laporan Sinar Harian pada 14 November. Gambar kecil: Saifuddin Nasution
A
A
A

SANDAKAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat semakan lanjut berhubung kejadian kehilangan sebuah kapal nelayan Sandakan bersama tiga kru sejak Oktober lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, setakat ini beliau belum mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, semakan lanjut akan dijalankan oleh pihaknya.

"Tiada dalam maklumat saya... Nanti saya semak dulu," katanya dalam sidang media sempena Majlis Sembang Santai Bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution di Sandakan, pada Selasa.

Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan laporan bertajuk Misteri tiga kru kapal nelayan Sandakan 'ghaib' lebih sebulan.

Kapal milik sebuah syarikat tempatan di Sandakan itu dilaporkan keluar menangkap ikan sebelum hilang dan gagal dikesan.

Semua kru kapal turut gagal dihubungi hingga hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Ramdan Ahzari, Ridwan Muhammad dan Risal Japar.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KDN akan membuat semakan lanjut kejadian kehilangan kapal nelayan Sandakan dan tiga krunya sejak Oktober
  • Menteri belum mempunyai maklumat mengenai kes tersebut
  • Semakan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri
  • Kapal tersebut milik syarikat tempatan di Sandakan dan hilang ketika keluar menangkap ikan
  • Semua kru kapal gagal dihubungi hingga kini, mangsa dikenali sebagai Ramdan Ahzari, Ridwan Muhammad dan Risal Japar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!