Di mana Harini, hilang sejak Rabu

Harini dilaporkan hilang selepas tidak masuk bekerja di sebuah kilang di Pedas.
Harini dilaporkan hilang selepas tidak masuk bekerja di sebuah kilang di Pedas.
A
A
A

REMBAU - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas tidak masuk bekerja di sebuah kilang di Pedas di sini, malam Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan M Harini daripada bapanya sehari selepasnya tidak pulang ke rumah.

“Ketika terakhir dilihat, remaja ini memakai baju t-shirt berwarna merah, baju sejuk berwarna hitam, seluar panjang berwarna hitam dan kasut sukan berwarna putih.

"Dia mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berketinggian 150 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit kuning langsat serta berambut hitam lurus paras pinggang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan kehilangan tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6851999 atau Balai Polis Pedas (06-6851223) atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Noor Azillah Johari di talian 011-10164737.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja perempuan berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas tidak masuk bekerja di kilang di Pedas, Rembau
  • Laporan kehilangan dibuat oleh bapanya sehari selepas tidak pulang ke rumah
  • Terakhir dilihat memakai baju t-shirt merah, baju sejuk hitam, seluar panjang hitam dan kasut sukan putih
  • Ciri-ciri fizikal termasuk ketinggian 150 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit kuning langsat dan berambut hitam lurus
  • Maklumat berkaitan kehilangan boleh disalurkan ke bilik gerakan IPD Rembau atau Balai Polis Pedas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!