Pejuang tidak bertanding PRN Sabah - SPR

KOTA KINABALU - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan ralat pada Sabtu memaklumkan jumlah calon bertanding mewakili Parti Perjuangan Rakyat (PR) pada PRN ke-17 adalah seramai enam orang dan bukannya lima.
Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon memaklumkan seorang calon Pejuang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan iaitu Lasius Miki.
SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November. - Bernama
Ringkasan AI
- Parti Pejuang Tanahair tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17
- SPR mengeluarkan kenyataan ralat tentang jumlah calon Parti Perjuangan Rakyat
- Enam calon dari Parti Perjuangan Rakyat bertanding dalam PRN ke-17, bukan lima
- Pengerusi SPR mengumumkan calon Pejuang akan bertanding di DUN Kapayan
- Tarikh pengundian awal pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
