PRN Sabah: ‘Orang Sabah enjoy jadi calon’ – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika sidang akhbar di Kota Kinabalu pada Sabtu
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar di Kota Kinabalu pada Sabtu
A
A
A

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kehadiran begitu ramai calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah sebagai gambaran bahawa rakyat negeri itu benar-benar menikmati suasana demokrasi.

“Lagi ramai, lagi meriah. Memang saya ingat orang-orang Sabah ini sangat ‘enjoy’ kalau dapat jadi calon. Kita rasa, ya lah, tiada parti pun, lambang apa pun mereka nak tanding… kita hadap sahajalah,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kehadiran 74 calon bebas dalam PRN kali ini, angka yang jauh lebih tinggi berbanding pilihan raya sebelum ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai unsur boikot terhadap calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa perkara itu telah diselesaikan.

“Kami telah selesaikan masalah itu kerana kita ada Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) yang diwujudkan di mana-mana kawasan luar bandar yang menghadapi masalah seperti itu. Kita murnikan supaya jentera dapat berjalan bersama,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir pada sesi libat urus bersama media di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Perdana Menteri menyifatkan kehadiran ramai calon bebas dalam PRN17 Sabah sebagai gambaran rakyat menikmati demokrasi
  • Beliau berseloroh mengatakan keadaan ini membuktikan orang Sabah suka menjadi calon walaupun tanpa parti atau lambang
  • Terjadi peningkatan jumlah calon bebas dengan 74 orang bertanding dalam PRN kali ini
  • Unsur boikot terhadap calon PH di DUN Sindumin telah diselesaikan
  • Pasukan Pengurusan Krisis diwujudkan untuk menyelesaikan masalah seperti boikot di kawasan luar bandar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!