PRN Sabah: Hajiji berdepan saingan lima penjuru di DUN Sulaman

Hajiji (kanan) diumumkan sebagai calon yang bertanding bagi kerusi DUN) Sulaman sempena PRN Sabah ke-17 di Dewan Seri Sulaman pada Sabtu. Foto Bernama
Hajiji (kanan) diumumkan sebagai calon yang bertanding bagi kerusi DUN) Sulaman sempena PRN Sabah ke-17 di Dewan Seri Sulaman pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berdepan saingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus bagi Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran, Ibrahim Terki.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiba di pusat penamaan calon pada 9 pagi bersama-sama pencadang, Datuk Abdul Kassim Razali dan penyokong, Sylvia Belinggi.

Pada PRN lepas, Hajiji menang kerusi Sulaman dengan majoriti 3,099 undi.

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) ditentang calon muda dan muka baharu daripada Barisan Nasional (BN), Dr Shahnon Rizal Thaijuddin selain Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

Terdahulu, penyokong GRS berarak dari ibu pejabat PGRS DUN Sulaman di pekan Tuaran bagi mengiringi Hajiji bersama tiga lagi calon parti itu iaitu Datuk Joniston Bangkuai (DUN Kiulu), Datuk Jasnih Daya (DUN Pantai Dalit) dan Prof Madya Dr Bonaventure Bonaface (DUN Tamparuli).

DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berdepan pertandingan lima penjuru di DUN Sulaman pada PRN ke-17
  • Hajiji tiba di pusat penamaan calon bersama-sama pencadang, Datuk Abdul Kassim Razali dan penyokong, Sylvia Belinggi
  • Pada PRN lepas, Hajiji menang kerusi Sulaman dengan majoriti 3,099 undi
  • Calon yang bertanding melawannya termasuk Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (BN), Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional), dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!