PRN Sabah: Dua calon Parti Damai Sabah gagal serah pencalonan kerana lewat

KOTA KINABALU - Dua calon daripada Parti Damai Sabah (SBP) gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas lewat tiba di Pusat Penamaan Calon.
Abdul Hata Abdul Hala gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan kerana tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna selepas 10 pagi.
Turut gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat pencalonan sama ialah Ahmad Daud Awang yang berhasrat untuk bertanding di DUN Bugaya dalam Parlimen Semporna.

Sebaik proses penamaan calon berakhir pada 10 pagi, maka kempen PRN Sabah bermula selama 14 hari, iaitu hingga 11.59 malam pada 28 November seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini dan tarikh pengundian awal ditetapkan pada 25 November manakala hari pengundian 29 November. - Bernama
Ringkasan AI
- Dua calon dari Parti Damai Sabah gagal menyerahkan borang pencalonan untuk PRN Sabah ke-17 kerana lewat
- Abdul Hata Abdul Hala gagal bertanding kerusi DUN Sulabayan
- Ahmad Daud Awang gagal untuk bertanding di DUN Bugaya
- Kempen PRN Sabah bermula selepas proses penamaan calon berakhir pada 10 pagi selama 14 hari
- Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan, dengan tarikh pengundian awal pada 25 November dan hari pengundian 29 November
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
