Pertembungan lapan penjuru di DUN Kuamut

KINABATANGAN - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut menyaksikan pertandingan lapan penjuru di antara calon Warisan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Kesejahteraan Demokratik Kebangsaan (KDM) dan Parti Impian Sabah (PIS).
Turut bertanding calon dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.
Pegawai Pengurus Pilihanraya, Yuesri Ismail Yusof mengumumkan senarai calon bertanding pada jam 11 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Majlis Daerah Kinabatangan di sini, ditutup tepat jam 10 pagi.
Calon Warisan diwakili Norfaizah Chua @Giak King, Datuk Masiung (GRS), Mohina Ronnie Sidom (UPKO), manakala Abu Bakar Ellah mewakili KDM.
Kerusi DUN itu juga turut ditandingi Ted Kelvin Sudin (PIS), Jevronnie Mandek STAR) mencalonkan Jevronnie Mandek, John Sunkiang (PPRS) dan Duin Daud Tarang (Bebas).
Ringkasan AI
- Kerusi Dewan Undangan Negeri Kuamut menyaksikan pertandingan lapan penjuru
- Pertandingan ini melibatkan calon dari Warisan, GRS, UPKO, KDM, PIS, STAR, PPRS dan bebas
- Pengumuman senarai calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Yuesri Ismail Yusof pada jam 11 pagi
- Norfaizah Chua mewakili Warisan, Datuk Masiung untuk GRS dan Mohina Ronnie Sidom dari UPKO
- Calon bebas ialah Duin Daud Tarang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

