Covid-19: Rakyat Malaysia di Finland masih boleh pulang

Rakyat Malaysia di Finland yang berhasrat untuk pulang masih berpeluang berbuat demikian memandangkan kerajaan negara ini belum menguatkuasakan larangan penerbangan ketika dunia berdepan krisis wabak Covid-19.
Rakyat Malaysia di Finland yang berhasrat untuk pulang masih berpeluang berbuat demikian memandangkan kerajaan negara ini belum menguatkuasakan larangan penerbangan ketika dunia berdepan krisis wabak Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di Finland yang berhasrat untuk pulang masih berpeluang berbuat demikian memandangkan kerajaan negara ini belum menguatkuasakan larangan penerbangan ketika dunia berdepan krisis wabak Covid-19.

Kedutaan Malaysia di Helsinki berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Helsinki, Lapangan Terbang Mariehamn di Pulau Åland dan Lapangan Terbang Turku masih menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

"Rakyat Malaysia masih boleh keluar dari Finland melalui lapangan terbang ini. Hanya perlu memastikan penerbangan tidak dibatalkan," menurut kenyataan kedutaan kepada Bernama.

Mengenai nasib lapan pelancong Malaysia yang dilaporkan terkandas di Helsinki, kedutaan berkata mereka telah berlepas ke Malaysia melalui Istanbul, Turki.

Kedutaan berkata, tidak semua 390 warganegara yang berdaftar berhasrat kembali ke Malaysia kerana ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan bekerja di Finland.

"Setakat ini kerajaan Finland belum mengenakan perintah berkurung. Bagaimanapun, menasihatkan semua orang mengambil langkah pencegahan seperti elak berada di tempat awam dan mengamalkan kebersihan.

"Walaupun bandar ini kelihatan tenang. Rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa," tambah kenyataan itu.

- Bernama

Artikel Berkaitan: