Indeks jenayah menurun, dadah bernilai lebih RM9.7 juta dirampas

A
A
A

JOHOR BAHRU – Indeks statistik jenayah bagi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) mencatatkan penurunan 1 peratus melibatkan 465 kes sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2025.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahinder Singh, statistik tersebut nyata berbeza berbanding tahun lalu yang merekodkan sebanyak 472 kes dalam tempoh sama.

"Pencapaian itu bukan sekadar statistik kosong, sebaliknya membuktikan keberkesanan pendekatan baharu yang dilaksanakan sejak tahun lalu melalui analisis pola jenayah dan pemprofilan suspek.

“Penurunan 47 peratus laporan jenayah adalah antara kejayaan paling membanggakan hasil perancangan strategik bersama rakan agensi sejak Julai tahun lalu,” katanya kepada pemberita.

*media[3340115]**

Balveer Singh berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Khas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Skudai di sini pada Jumaat.

Untuk rekod, Balveer Singh dinaikkan pangkat menggalas tugas sebagai Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Mengulas lanjut, Balveer Singh berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) telah menahan seramai 1,825 individu atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang tempoh berkenaan, sekali gus menjadikan tahun ini antara kejayaan operasi paling besar terhadap penjenayah narkotik.

Katanya, polis turut memberkas 62 penagih berulang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan ia dilihat sebagai tindakan yang amat berkesan membendung ‘penjenayah tegar’ daripada terus mengulangi kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Turut menjadi perhatian ialah rampasan 81.44 kilogram (kg) dadah membabitkan nilai mencecah RM9.7 juta selain penyitaan aset sindiket berjumlah RM1.83 juta hasil operasi besar-besaran memburu pengedar.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) pula mencatat peningkatan drastik dengan 555 kertas siasatan dibuka, meningkat 379 kes berbanding 2024 yang hanya mencatat 176 kes.

"Dalam menangani jenayah komersil yang semakin kompleks, polis juga telah berjaya menyelesaikan 50.35 peratus kes sekali gus menunjukkan komitmen tinggi dalam mengekang penipuan kewangan dan scam siber," katanya.

Ringkasan AI

  • Indeks statistik jenayah di IPD Johor Bahru Utara mencatatkan penurunan 1 peratus pada tahun ini
  • Pendekatan baharu melalui analisis pola jenayah dan pemprofilan suspek membuktikan keberkesanan
  • Penurunan 47 peratus laporan jenayah dicapai hasil perancangan strategik bersama rakan agensi
  • BSJN menahan 1,825 individu atas pelbagai kesalahan dadah, menjadikan ia operasi besar terhadap penjenayah narkotik
  • BSJK mencatatkan peningkatan drastik kes dengan 555 kertas siasatan, menunjukkan komitmen tinggi dalam mengekang penipuan kewangan dan penipuan siber

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!