Wyndham, JYC Holdings dan Trinidad meterai kerjasama bangunkan Wyndham Garden Kuantan, J-City

Dari kiri: Kamaruddin Ibrahim, Aw Yong Kai Jan, Naresh Mohan, Presiden dan Joon Aun Ooi ketika Majlis pemeteraian perjanjian itu di Ramada Suites by Wyndham KLCC.
Dari kiri: Kamaruddin Ibrahim, Aw Yong Kai Jan, Naresh Mohan, Presiden dan Joon Aun Ooi ketika Majlis pemeteraian perjanjian itu di Ramada Suites by Wyndham KLCC.
A
A
A

WYNDHAM Hotels & Resorts bersama JYC Holdings dan Trinidad Hospitality Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama bagi pembangunan serta pengurusan Wyndham Garden Kuantan, J-City yang bakal menjadi tarikan baharu dalam sektor hospitaliti Pantai Timur.

Majlis pemeteraian perjanjian itu berlangsung di Ramada Suites by Wyndham KLCC dan menjadi satu langkah penting dalam pengembangan jenama Wyndham Garden di Malaysia.

Menerusi kenyataannya, hotel 361 bilik tersebut dijangka dibuka pada suku ketiga 2026 dan akan berdiri sebagai bangunan tertinggi di pusat bandar Kuantan.

"Terletak di Jalan Merdeka, hotel itu menampilkan suite berkeluasan antara 743 hingga 1,299 kaki persegi, hasil transformasi apartmen servis kepada hotel mewah.

"Lokasinya yang strategik di tengah bandar menjadikannya berhampiran pelbagai tarikan utama termasuk Kuantan 188, East Coast Mall dan Esplanade Kuantan," katanya.

Dalam kenyataan sama, antara kemudahan yang bakal ditawarkan ialah kolam infiniti bersaiz Olimpik sepanjang 50 meter menghadap pemandangan bandar, gimnasium lengkap, dewan serba guna untuk acara dan mesyuarat, trek joging khas serta taman permainan dalam kawasan landskap hijau.

Majlis itu turut disertai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Trinidad Hospitality Sdn Bhd, Datuk Seri Naresh Mohan; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JYC Holdings, Datuk Seri Aw Yong Kai Jan; Presiden Asia Pasifik Wyndham Hotels & Resorts, Joon Aun Ooi; serta Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Ooi berkata, pihaknya teruja untuk memperluaskan jenama Wyndham Garden di Kuantan melalui kerjasama strategik tersebut yang menurutnya selari dengan visi bersama untuk menawarkan kualiti dan pengalaman tetamu yang lebih baik.

Wakil JYC Holdings pula menyifatkan projek itu sebagai pernyataan gaya hidup yang dijangka memperkukuh identiti urban Kuantan sambil mengekalkan keindahan alam semula jadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Naresh berkata Trinidad Hospitality komited mengurus hartanah yang mengekalkan piawaian antarabangsa dan karakter tempatan dan Wyndham Garden Kuantan, J-City bakal menjadi manifestasi komitmen tersebut.

 

Ringkasan AI

  • WYNDHAM Hotels & Resorts, JYC Holdings, dan Trinidad Hospitality Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama untuk pembangunan Wyndham Garden Kuantan, J-City
  • Hotel ini dijangka dibuka pada Suku Ketiga 2026 dan akan menjadi bangunan tertinggi di pusat bandar Kuantan
  • Terletak di Jalan Merdeka, menawarkan suite berkeluasan 743 hingga 1,299 kaki persegi, berdekatan dengan Kuantan 188, East Coast Mall dan Esplanade Kuantan
  • Kemudahan termasuk kolam infiniti bersaiz Olimpik, gimnasium, dewan serba guna, trek joging, dan taman permainan
  • Projek ini diharapkan dapat memperkukuh identiti urban Kuantan sambil mengekalkan keindahan alam semula jadi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!