Dua lelaki didenda, dipenjara halang polis laksana PKP d Sabah

Mahkamah - Foto Sumber Internet
Mahkamah - Foto Sumber Internet
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua lelaki menjadi individu pertama di Sabah yang dikenakan hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menghalang anggota keselamatan yang menjalankan tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Yong Tze Hou, 26, seorang pekerja di restoran manakala, Injimar Abu Gafar, 33, dikenakan denda RM6,000 atau penjara 10 bulan jika gagal membayarnya, selepas masing-masing mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Tze Hou diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh beliau ditangkap manakala Injimar akan dirujuk kepada pihak Imigresen.

Yong didakwa, menghalang pejawat awam iaitu seorang anggota polis daripada melakukan tugas kewajipannya, ketika menjalankan rondaan di antara Jalan Kampung Cenderakasih sehingga ke Jalan Bukit Bendera, sehingga berlaku kejar-mengejar pada pukul 1.30 pagi pada 25 Mac lalu.

Injimar yang merupakan Pemegang Kad Pengenalan Merah, didakwa menghalang penjawat awam iaitu seorang pegawai polis berpangkat Inspektor menjalankan tugasnya dalam sekatan jalan raya dengan enggan bekerjasama dan mengeluarkan kata-kata kesat, di Jalan Tuaran Batu 7, Inanam, pada pukul 9.15 malam, Isnin lepas.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Abd Halim, memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum untuk menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum, kerana ia adalah kesalahan pertama dan kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

- Bernama