X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja penyelenggara pitam, tersangkut pada pencawang

Anggota bomba membantu menurunkan mangsa yang pitam dan tersangkut pada pencawang di Kampung Sanggang, Temerloh semalam. - Foto ihsan bomba
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja penyelenggara pencawang yang pitam dan tersangkut pada pencawang komunikasi setinggi 45 meter di hadapan Masjid As-Sobirin, Kampung Sanggang, Temerloh, semalam berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota bomba.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.39 pagi sebelum 16 anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan Bukit Angin ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi mendapati mangsa pitam dan tersangkut di atas pencawang berkenaan.

"Anggota segera memanjat pencawang berkenaan dan menggerakkan kerja menyelamat menggunakan tali. Mangsa berjaya dibawa turun menggunakan kaedah 'lowering system'.

"Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Sanggang menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus