Dua individu bekas pengikut Ayah Pin berhimpun depan istana

Mohd Yusoff
Mohd Yusoff
A
A
A

MACHANG – Dua daripada 13 individu yang ditahan dalam perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa lalu dipercayai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, susulan itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut ada kaitan dengan unsur ajaran sesat dan lebih pelik didakwa mahu menyerahkan barangan lama kepada ‘Sultan Muhammad keenam’.

“Dua bekas pengikut Ayah Pin ini berusia 40-an dan antara lima yang didapati positif dadah.


Kesemua peserta dan warga UiTM Machang bergambar bersama barisan panel pada program di Machang.
FOTO SINAR HARIAN – ADILA SHARINNI WAHID
Kesemua peserta dan warga UiTM Machang bergambar bersama barisan panel pada program di Machang. FOTO SINAR HARIAN – ADILA SHARINNI WAHID

“Siasatan awal mendapati mereka nak bagi barang lama, parang, pedang dan tombak untuk diserahkan kepada Sultan Muhammad keenam, bukan yang kelima,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Beliau sebelum itu menjadi panel pada Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan 2025: Waspada Jenayah Dadah dan Jenayah Siber di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, siasatan masih diteruskan berhubung peranan tiga Orang Asli yang turut terbabit dalam perhimpunan berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seramai 13 individu berusia lingkungan 26 hingga 67 tahun termasuk seoranh wanita dan tiga Orang Asli terbabit ditahan dalam perhimpunan di hadapan istana tersebut pada jam 11.40 pagi.

Artikel Berkaitan:

Mohd Yusoff berkata, kesemua suspek direman empat hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan tidak sah serta Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 susulan penemuan senjata tajam yang dibawa kumpulan itu.

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Dua daripada 13 individu yang ditahan dalam perhimpunan di Kubang Kerian dipercayai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin
  • Perhimpunan tersebut diduga ada kaitan dengan unsur ajaran sesat dan berkeinginan menyerahkan barangan lama kepada Sultan Muhammad keenam
  • Dua bekas pengikut ini berusia 40-an dan antara lima yang didapati positif dadah
  • Barangan yang ingin diserahkan termasuk parang, pedang dan tombak
  • Siasatan masih diteruskan termasuk peranan tiga Orang Asli yang terlibat dalam perhimpunan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!