Penjawat awam Terengganu terima bonus RM500

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lebih 14,000 penjawat awam negeri Terengganu bakal menerima bonus sebanyak RM500 setiap seorang.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-15 di Wisma Darul Iman di sini pada Khamis.

Menurut beliau, pengumuman itu dibuat secara berasingan daripada pembentangan Belanjawan Terengganu 2026 kerana kerajaan mahu membudayakan pembentangan bajet yang lebih berfokus dan mudah difahami rakyat.

"Ada pihak di luar yang mempersoalkan pembentangan bajet tahun ini kerana tiada disebut angka atau bonus.

"Sebenarnya, ini disengajakan. Kita mahu pembentangan bajet bukan menjadi medan ‘grandstanding’ atau tempat bermain bahasa, tetapi ruang untuk berbicara secara jelas dan terus kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu adalah kali pertama daripada tujuh pembentangan bajet sejak 2018 yang tidak menyebut angka termasuk bonus.

"Saya sudah beritahu Pegawai Kewangan Negeri bahawa saya tidak akan sebut bonus dalam pembentangan bajet, tetapi akan umumkannya dalam penggulungan.

"Ada orang yang tidak sabar menunggu pengumuman ini, mungkin bukan pun daripada kalangan kakitangan awam Terengganu," ujarnya.

Katanya, pemberian bonus itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap khidmat dan dedikasi penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negeri.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lebih 14,000 penjawat awam negeri Terengganu bakal menerima bonus RM500 setiap seorang
  • Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan bonus ini ketika sesi penggulungan dewan negeri
  • Pengumuman bonus dibuat berasingan dari Belanjawan Terengganu 2026
  • Ini merupakan kali pertama sejak 2018 bonus tidak diumumkan dalam pembentangan bajet
  • Bonus diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi penjawat awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!