Aplikasi WhatsApp milik Timbalan Menteri Besar Kelantan digodam

KOTA BHARU - Aplikasi WhatsApp milik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan disahkan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Selasa.
Pejabat Timbalan Menteri Besar menerusi kenyataan memaklumkan aplikasi milik Mohamed Fadzli itu kini sedang dalam proses pemulihan oleh pihak WhatsApp.
"Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mempercayai sebarang mesej atau permintaan mencurigakan yang dihantar melalui nombor berkenaan,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Ringkasan AI
- Aplikasi WhatsApp Timbalan Menteri Besar Kelantan digodam pada Selasa
- Digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab
- Pejabat Timbalan Menteri Besar mengumumkan aplikasi sedang dipulihkan oleh WhatsApp
- Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap mesej mencurigakan
- Pemilik aplikasi adalah Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
