Bot kelas C langgar syarat sah lesen ditahan

Tiga kru warga tempatan termasuk seorang tekong berumur antara 49 hingga 65 tahun ditahan.
Tiga kru warga tempatan termasuk seorang tekong berumur antara 49 hingga 65 tahun ditahan.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebuah bot nelayan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan timur Limbungan Batu Maung, di sini pada petang Isnin.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, tindakan itu diambil susulan beberapa aduan awam berhubung kegiatan nelayan yang dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan di bawah jarak dibenarkan.

Menurutnya, hasil rondaan dan pemeriksaan, pasukan Maritim Malaysia mengesan sebuah bot nelayan kelas C terbabit yang beroperasi kurang daripada 15 batu nautika dari pantai, iaitu melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan dikendalikan tiga kru warga tempatan termasuk seorang tekong berumur antara 49 hingga 65 tahun.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen bagi bot nelayan tempatan kelas C," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa.

Tambahnya, semua kru dan bot terbabit ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Muhammad Suffi berkata, pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan rondaan bagi memastikan aktiviti perikanan dijalankan mengikut undang-undang serta lesen yang sah bagi melindungi sumber marin negara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bot nelayan kelas C ditahan Maritim Malaysia di Pulau Pinang kerana melanggar syarat lesen
  • Bot beroperasi kurang daripada 15 batu nautika dari pantai yang melanggar syarat lesen
  • Tiga kru tempatan termasuk seorang tekong berumur antara 49 hingga 65 tahun dikendalikan vesel
  • Bot nelayan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985
  • Maritim Malaysia akan terus mempergiat pemantauan untuk melindungi sumber marin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!