Anak bongsu Gaddafi dibebaskan selepas 10 tahun ditahan di Lubnan

Penahanan Hannibal yang bermula pada 2015 disebabkan dakwaan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan Imam Musa al-Sadr pada 1978. Foto Reuters
Penahanan Hannibal yang bermula pada 2015 disebabkan dakwaan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan Imam Musa al-Sadr pada 1978. Foto Reuters
A
A
A

BEIRUT - Hannibal Gaddafi, anak bongsu kepada bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Lubnan selepas menjalani penahanan selama hampir sedekad tanpa perbicaraan.

Pembebasan beliau disahkan pada Isnin malam, selepas bayaran ikat jamin sebanyak AS$900,000 (RM3.76 juta) dibuat oleh pasukan peguamnya.

Hannibal, kini berusia 49 tahun, ditahan pada tahun 2015 atas dakwaan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan seorang ulama Syiah Lubnan, Imam Musa al-Sadr, yang hilang semasa lawatan ke Libya pada tahun 1978.

Ketika itu, Hannibal baru berusia dua tahun, dan pertubuhan hak asasi manusia telah lama mengkritik penahanannya sebagai tidak berasas dan melanggar prinsip keadilan.

Keputusan untuk membebaskan Hannibal dibuat selepas pihak kehakiman Lubnan menarik balik larangan perjalanan dan mengurangkan jumlah ikat jamin yang sebelum ini ditetapkan sebanyak AS$11 juta (RM46 juta).

Langkah ini menyusul selepas lawatan delegasi Libya ke Beirut yang berjaya membuka jalan rundingan bagi pembebasan beliau.

Menurut peguamnya, Laurent Bayon, pembebasan ini menamatkan “mimpi ngeri selama 10 tahun” dan Hannibal dijangka meninggalkan Lubnan ke destinasi yang dirahsiakan demi keselamatan.

Bayon turut mengkritik sistem kehakiman Lubnan yang didakwanya “tidak bebas” dan membenarkan penahanan sewenang-wenangnya.

Insiden ini menambah satu lagi bab dalam sejarah panjang konflik dan ketidakstabilan yang melibatkan warisan politik keluarga Gaddafi, yang masih menjadi perhatian antarabangsa lebih sedekad selepas kejatuhan rejim Libya pada 2011.- Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hannibal Gaddafi, anak bongsu Muammar Gaddafi, dibebaskan oleh pihak berkuasa Lubnan setelah hampir sedekad tanpa perbicaraan
  • Pembebasannya disahkan selepas bayaran ikat jamin sebesar AS$900,000 dibuat
  • Ditahan atas dakwaan menyembunyikan maklumat tentang kehilangan Imam Musa al-Sadr yang hilang pada tahun 1978
  • Keputusan pembebasan datang selepas larangan perjalanan ditarik balik dan jumlah ikat jamin dikurangkan
  • Pembebasan Hannibal diikuti rundingan antara delegasi Libya dan Lubnan, menamatkan "mimpi ngeri selama 10 tahun" bagi Hannibal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!