Lanjut tempoh PKP: Rakyat perlu terima dengan hati terbuka

Orang ramai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Bernama
Gambar kecil: Jufitri Joha
Orang ramai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Bernama Gambar kecil: Jufitri Joha
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini perlu diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, langkah tersebut dibuat selepas kerajaan melihat terdapat kewajaran untuk berbuat demikian susulan trend semasa masih menunjukkan peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19).

"Disebabkan itu, kerajaan perlu memanjangkan lagi tempoh PKP ini bagi memutuskan terus rantaian penularan jangkitan wabak tersebut.

"Tahap kepatuhan rakyat terhadap PKP ini juga dilaporkan semakin meningkat dan harap dalam tempoh dua minggu lagi rasa serik mereka akan bertambah dan tahap kepatuhan boleh meningkat kepada seratus peratus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang akan diumumkan kelak diharap benar-benar membantu rakyat terutama golongan usahawan, petani, penjaja serta pelajar kampus yang pastinya berdepan saat sukar pada ketika ini sehingga tempoh dua minggu lagi.

"Semoga kerajaan dapat mencari inisiatif terbaik untuk membantu rakyat terutamanya yang bergaji harian, kerja ikut 'job' dan yang tidak mempunyai gaji tetap," katanya.

Artikel Berkaitan: