HONOR Magic8 Pro jadi telefon fotografi terpilih TMM 2026

A
A
A

No Image Caption

KUALA LUMPUR – Model flagship terbaharu, HONOR Magic8 Pro, terus membuktikan kehebatannya apabila diiktiraf sebagai Peranti Fotografi Mudah Alih Terpilih untuk kempen Tahun Melawat Malaysia (TTM) 2026, semuanya terlahir kerana hasil daripada sistem kamera yang luar biasa dan teknologi pengimejan bertaraf dunia.

Telefon pintar ini tampil dengan kanta Telefoto Ultra Malam 200MP yang revolusioner telah menjadi tunjang kepada kehebatan pengimejannya.

No Image Caption

Ia bukan sahaja menawarkan tahap penstabilan imej tertinggi dalam industri, malah mampu memberikan ketajaman serta prestasi menakjubkan dalam pelbagai situasi penggambaran, sama ada waktu siang mahupun malam.

Kerjasama strategik dengan Tourism Malaysia

Sebagai sebahagian daripada usaha menggabungkan dunia teknologi dan pelancongan, HONOR secara rasmi mengumumkan kerjasama bersama Tourism Malaysia bagi menjayakan kempen TMM 2026.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Melalui kerjasama ini, HONOR Magic8 Pro akan digunakan untuk mendokumentasikan keindahan Malaysia; daripada panorama semula jadi yang memukau, bangunan ikonik, sehinggalah kepada keunikan budaya dan warisan rakyat Malaysia.

No Image Caption

Perkongsian pintar ini turut mencerminkan komitmen HONOR dalam memperkasa kreativiti pengguna serta meraikan kepelbagaian budaya negara melalui imej berkualiti tinggi yang autentik dan mengagumkan.

Paparan pertama hasil fotografi Magic8 Pro

HONOR juga turut mendedahkan siri pertama gambar contoh yang dirakam menggunakan HONOR Magic8 Pro sebagai bukti bahawa pemilihan peranti ini sebagai fotografi terpilih TMM 2026 adalah tepat.

Koleksi tersebut menonjolkan pemandangan bandar yang dinamik, mercu tanda terkenal serta suasana budaya Malaysia dengan warna dan perincian yang memukau.

No Image Caption

Kanta Telefoto Ultra Malam 200MP ini dilengkapi keupayaan kolaborasi hujung-awan berkuasa AI, digabungkan dengan tiga enjin utama HONOR Magic8 Pro iaitu Enjin Telefoto Ultra Malam, Enjin Penstabilan dan Enjin Potret.

Gabungan ini membolehkan pengguna menikmati zum definisi tinggi dari 1X hingga 100X dengan hasil yang tajam dan semula jadi dalam apa jua keadaan.

No Image Caption

50 jurugambar terpilih sertai projek eksklusif

Bagi menjayakan kempen ini, HONOR menjemput 50 jurugambar dari seluruh Malaysia untuk menyertai projek eksklusif bagi mempamerkan keupayaan kamera HONOR Magic8 Pro.

Para peserta akan merakam mercu tanda, tradisi dan detik kehidupan seharian rakyat Malaysia yang mencerminkan semangat negara.

No Image Caption

Karya terbaik bakal dipamerkan di platform media sosial rasmi HONOR dan Tourism Malaysia, memberikan peluang kepada jurugambar tempatan untuk menyerlah di pentas nasional.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, layari laman web rasmi HONOR Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!