MyTOWNKL, Merries berkolaborasi bantu keluarga muda

KUALA LUMPUR – MyTOWN Shopping Centre dengan kerjasama Merries oleh KAO Malaysia melancarkan inisiatif khas bagi menyokong keluarga muda menerusi kempen yang berlangsung dari 25 Oktober 2025 hingga 24 April 2026.
Pengurus Besar MyTOWN Shopping Centre, Azhan Che Mat, berkata, menjadi ibu bapa adalah satu anugerah terindah dalam hidup namun turut disertai cabaran kewangan yang besar.
“Melalui kerjasama dengan Merries, kami membantu ibu bapa memilih yang terbaik untuk anak mereka dengan cara yang mudah, tanpa sebarang kos,” katanya dalam kenyataan.
Digerakkan berasaskan nilai teras MyTOWNKL iaitu ‘prihatin untuk semua’, kerjasama itu bertujuan menjadikan produk penjagaan bayi berkualiti premium lebih mudah diakses oleh ibu bapa, sekali gus membantu mereka menjaga si kecil dengan lebih yakin dan selesa.
Jenama Merries yang terkenal dengan kelembutan, pengudaraan baik serta ketelitian rekaan Jepun menampilkan komitmen terhadap kualiti dan penjagaan yang seiring dengan misi MyTOWNKL untuk mencipta pengalaman bermakna buat seisi keluarga.
Antara pengisian kempen tersebut, pelanggan boleh menggunakan kemudahan Crolla Premium Air Swift Baby Stroller melalui aplikasi MyTOWNKL dan menerima sampel lampin percuma di kaunter perkhidmatan pelanggan.
Pembeli di kedai rakan kempen seperti Anakku, Babyshop, Poney, Toys’R’Us, The Parenthood dan Molly Fantasy boleh menebus sampel lampin serta pelekat edisi khas Wonderland dengan menunjukkan resit pembelian dan boleh memperoleh mata ganjaran kesetiaan MyTOWNKL.
Selain itu, ibu bapa boleh menebus Merries Baby Joy Pack bernilai 350 mata yang membolehkan mereka menerima lampin percuma, bekas simpanan dan pelekat Wonderland.
MyTOWNKL turut memperbaharui bilik keluarga yang kini lebih selesa dan mesra pengguna, menyediakan ruang rehat bagi ibu bapa menjaga anak dalam suasana yang tenang dan selamat.
Untuk maklumat lanjut serta kemas kini terkini, orang ramai boleh mengikuti laman sesawang serta saluran digital MyTOWNKL di Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.
Ringkasan AI
- KUALA LUMPUR - MyTOWN Shopping Centre bekerjasama dengan Merries oleh KAO Malaysia melancarkan inisiatif khas untuk menyokong keluarga muda
- Inisiatif ini berlangsung dari 25 Oktober 2025 hingga 24 April 2026
- Kerjasama ini bertujuan menjadikan produk penjagaan bayi berkualiti premium lebih mudah diakses
- Pelanggan boleh menggunakan kemudahan Crolla Premium Air Swift Baby Stroller dan menerima sampel lampin percuma
- MyTOWNKL memperbaharui bilik keluarga untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

