Kereta terbalik, wanita maut tersepit

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita maut manakala dua lagi termasuk kanak-kanak perempuan cedera selepas kereta dinaiki dipercayai terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.04 pagi.

Menurutnya, susulan maklumat itu,sepasukan anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi kemalangan dengan jaraknya 30 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG

"Ketika tiba di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Perodua Bezza terbabas dan terbalik dengan tiga mangsa terlibat.

"Pasukan bomba segera membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat bagaimapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya.

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

" Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulans," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Genting Sempah, Bentong
  • Panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada jam 8.04 pagi
  • Anggota bomba bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong tiba di lokasi kemalangan yang berjarak 30 kilometer dari balai
  • Kereta jenis Perodua Bezza terbabas dan terbalik dengan tiga mangsa terlibat
  • Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala yang cedera dihantar ke hospital

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!