Lelaki maut, tiga termasuk kanak-kanak cedera nahas dua kereta

Keadaan kenderaan selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta lain berhampiran SK Desa Bakti, Mentakab pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG
Keadaan kenderaan selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta lain berhampiran SK Desa Bakti, Mentakab pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut, tiga termasuk kanak-kanak perempuan cedera manakala dua selamat dalam nahas melibatkan dua kereta di laluan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti, Mentakab pada Ahad.

Kemalangan yang dilaporkan jam 4.38 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan BMW.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Perodua Myvi dinaiki tiga mangsa termasuk mangsa lelaki yang maut bersama dua wanita yang cedera.

Menurutnya, dua mangsa menaiki BMW selamat manakala seorang penumpang kanak-kanak cedera.

"Pihak bomba menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 4.38 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab ke lokasi berjarak 11 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

"Anggota yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang berada di bahagian belakang kereta, bagaimanapun lelaki itu disahkan telah meninggal dunia," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Keadaan di lokasi kemalangan maut melibatkan dua kereta berhampiran SK Desa Bakti, Mentakab pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG
Keadaan di lokasi kemalangan maut melibatkan dua kereta berhampiran SK Desa Bakti, Mentakab pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!