Israel lancar serangan udara ke atas Gaza, langgar gencatan senjata

GAZA - Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandaraya Gaza dan Khan Younis pada awal pagi Sabtu dalam satu lagi pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Sumber tempatan berkata, pesawat berkenaan menyasarkan kawasan timur Bandaraya Gaza serta kawasan timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, tanpa sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa.
Serangan itu berlaku serentak dengan tembakan artileri Israel di timur Khan Younis.
Sementara itu, tentera Israel terus merobohkan bangunan kediaman dan struktur lain di timur Bandaraya Gaza.
Serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 mengakibatkan kira-kira 69,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 170,000 lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Bernama-WAFA
Ringkasan AI
- Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandaraya Gaza dan Khan Younis
- Serangan itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa
- Serangan disertai dengan tembakan artileri di timur Khan Younis
- Tentera Israel turut merobohkan bangunan kediaman di timur Bandaraya Gaza
- Serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 menyebabkan kira-kira 69,000 rakyat Palestin terbunuh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
