Serangan Israel musnahkan pusat kebudayaan kanak-kanak di Gaza

GAZA - Serangan udara Israel memusnahkan bangunan Persatuan Pemikiran Kebudayaan dan Kebebasan di Bandar Khan Yunis, selatan Gaza, yang selama bertahun-tahun berfungsi sebagai pusat aktiviti pendidikan dan sosial untuk kanak-kanak.
Bangunan yang menjadi sasaran tentera Israel itu sebelum ini menempatkan pelbagai projek seni, kebudayaan dan pendidikan untuk kanak-kanak di kawasan berkenaan.
Sebelum serangan Israel di Semenanjung Gaza bermula, persatuan itu menyediakan sokongan pendidikan, pemulihan psikososial dan program seni kepada ribuan kanak-kanak, menjadikannya antara organisasi masyarakat sivil terkemuka di Gaza.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dicapai antara Israel dan Hamas pada awal Oktober berdasarkan pelan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Fasa pertama perjanjian itu melibatkan pertukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin.
Pelan itu juga merangkumi usaha membangunkan semula Gaza dan mewujudkan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan hampir 69,000 penduduk Palestin di Gaza - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - serta menjadikan wilayah itu hampir tidak dapat didiami. - Bernama
Ringkasan AI
- Serangan udara Israel memusnahkan bangunan Persatuan Pemikiran Kebudayaan dan Kebebasan di Bandar Khan Yunis, selatan Gaza
- Bangunan itu menempatkan projek seni, kebudayaan, dan pendidikan untuk kanak-kanak
- Persatuan itu menyediakan sokongan pendidikan, pemulihan psikososial, dan program seni kepada ribuan kanak-kanak
- Perjanjian gencatan senjata di Gaza dicapai antara Israel dan Hamas pada awal Oktober
- Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan hampir 69,000 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
