Rakyat Malaysia di AS diminta bertenang, patuhi larangan perjalanan

Bandar raya New York di Amerika Syarikat lengang selepas semua penduduknya diarahkan duduk di rumah sejak Jumaat lalu.
Bandar raya New York di Amerika Syarikat lengang selepas semua penduduknya diarahkan duduk di rumah sejak Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Warganegara Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta bertenang serta mematuhi nasihat dan larangan perjalanan yang dikeluarkan kerajaan negara itu.

Kedutaan Malaysia di AS berkata, sementara peluang masih ada, mereka digalakkan mempertimbangkan untuk pulang ke Malaysia.

"Apa yang menjadi kebimbangan ialah mereka tidak mempunyai cara atau sistem sokongan andai terus kekal di AS untuk satu tempoh yang tidak pasti.

"Pelajar misalnya, dibimbangi menghadapi masalah penginapan andai pihak universiti masing-masing mengarahkan mengosongkan asrama atau rakyat Malaysia yang tidak mempunyai insurans perubatan," menurut kenyataan kedutaan itu di akaun Twitter rasmi @MembassyWDC.

Pelajar Malaysia yang ditaja perlu berunding dengan penaja masing-masing untuk menentukan penyelesaian terbaik.

"Semua pelancong dinasihatkan mendapatkan insurans perjalanan dan perubatan sebelum pulang ke Malaysia," katanya.

Ini kerana perjalanan mungkin berdepan risiko, "tiada jaminan penerbangan bebas virus Covid-19 dan lapangan terbang transit beroperasi atau sebaliknya."

"Mereka yang memutuskan terus tinggal di AS perlu mematuhi setiap arahan pihak berkuasa dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu, memandangkan keadaan semasa yang tidak menentu dan mungkin berlarutan, semua perbelanjaan adalah ditanggung sendiri. - Bernama