Peniaga tudung maut motosikal terbabas elak lembu melintas

Seorang peniaga tudung maut dalam kemalangan di Jalan Ulu Melaka, Langkawi selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak lembu melintas. Gambar kecil: Siti Sarah Hana
Seorang peniaga tudung maut dalam kemalangan di Jalan Ulu Melaka, Langkawi selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak lembu melintas. Gambar kecil: Siti Sarah Hana
A
A
A

LANGKAWI - Seorang peniaga tudung maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak seekor lembu yang melintas jalan dalam kejadian di Jalan Ulu Melaka di sini pada malam Jumaat.

Mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut kira-kira jam 11.40 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat sebelum hilang kawalan dan terbabas apabila cuba mengelak lembu yang melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa memakai topi keledar ketika kejadian dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, mangsa berasal dari Kampung Seberang Terus, Kota Kuala Muda dan memiliki lesen memandu sah sehingga Januari 2026.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang peniaga tudung maut selepas motosikalnya terbabas cuba elak lembu di Jalan Ulu Melaka, Langkawi
  • Mangsa berumur 23 tahun meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam pada Jumaat
  • Mangsa menunggang motosikal mengelak lembu melintas menyebabkan hilang kawalan
  • Penyiasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!