Tiada 'scam' guna nama masjid di Kelantan - MAIK

MAIK belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.
MAIK belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan usaha ke arah itu wujud.

"Hal ini kerana 'scammer' sentiasa menunggu peluang untuk mengambil kesempatan," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Program Let's Do I.T 2025 di Masjid Jamek As-Salam Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.

Mohd Anis Hussein
Mohd Anis Hussein

Menurut beliau, MAIK sentiasa memberikan pendedahan berkaitan bahaya jenayah 'scam' dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Perkara tersebut menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial MAIK kepada masyarakat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MAIK belum menerima sebarang laporan kes penipuan menggunakan nama masjid di Kelantan untuk kutipan derma
  • Datuk Mohd Anis Hussein tidak menolak kemungkinan usaha penipuan wujud
  • MAIK memberi pendedahan tentang bahaya jenayah 'scam' kepada masyarakat Kelantan
  • Memberi pendedahan tentang bahaya penipuan adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial MAIK

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!