Iklan pelaburan guna nama PM, MOF dipercayai scam dalam talian

Satu iklan projek pelaburan baharu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MOF dikesan di platform perkongsian video terkemuka dipercayai mempunyai unsur scam dalam talian.
Satu iklan projek pelaburan baharu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MOF dikesan di platform perkongsian video terkemuka dipercayai mempunyai unsur scam dalam talian.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu iklan projek pelaburan baharu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikesan di platform perkongsian video terkemuka dipercayai mempunyai unsur scam dalam talian.

Iklan berkenaan memperkenalkan sebuah platform pelaburan dikenali sebagai 'AverexFlex 1.3 Ai' dengan menjamin pendapatan sebanyak RM22,000 seminggu hanya dengan mendaftar dan membuat pelaburan minimum sebanyak RM1,100.

Paparan sama turut mendakwa hanya enam peratus daripada rakyat Malaysia mengetahui mengenai projek yang kononnya mampu mengubah masa depan kewangan rakyat Malaysia.

"Kami berpeluang berbual secara langsung dengan Anwar untuk mengetahui semua butiran mengenai platform ini.

"Beliau berkongsi tentang aspek utama projek ini dan bagaimana ia akan membantu rakyat Malaysia mendapatkan keyakinan diri serta mengatasi kesukaran ekonomi.

"Pilih jumlah yang anda ingin laburkan (minimum RM1,100) dan terima bayaran pertama anda pada malam yang sama," dakwa iklan berkenaan.

Dalam iklan sama, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) turut disebut terlibat secara aktif dalam pengawasan dan pemantauan platform tersebut kononnya bagi memastikan tahap keselamatan aset yang tinggi serta perlindungan hak pelabur.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan atau penafian dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!