Lotus's Malaysia bawa bakat kulinari tempatan ke antarabangsa

Ketua Pegawai Ketua Pegawai Eksekutif Lotus's Malaysia, Saksit Malaysia, Saksit Panurach (enam dari kanan) bergambar bergambar bergambar bersama pengurusan, juri pengurusan, juri dan pemenang dan pemenang utama dalam Lotus's Masak- Masak Ceria 2025 di sini pada Ahad.
Ketua Pegawai Ketua Pegawai Eksekutif Lotus's Malaysia, Saksit Malaysia, Saksit Panurach (enam dari kanan) bergambar bergambar bergambar bersama pengurusan, juri pengurusan, juri dan pemenang dan pemenang utama dalam Lotus's Masak- Masak Ceria 2025 di sini pada Ahad.
A
A
A

AMPANG-Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd memperkukuh peranannya sebagai rakan komuniti dengan menganjurkan pertandingan Masak- Masak Ceria 2025 yang memberikan satu platform mengutamakan bakat cef profesional dan muda Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pertandingan selama dua hari itu dianjurkan dengan kerjasama Professional Culinaire Association (PCA) Malaysia dan TAEM Academy yang menghimpunkan 24 peserta bagi kategori Profesional dan Cef Muda yang terpilih di antara lebih120 penyertaan seluruh negara.

Pertandingan itu menampilkan gabungan kreativiti, teknik dan semangat tinggi yang mencerminkan kepelbagaian budaya kulinari Malaysia.

Pengarah Pelanggan dan Pemasaran Lotus’s Malaysia, Deon Lee berkata, pertandingan itu bukan sekadar mengasah kemahiran peserta tempatan, malah menciptakan peluang untuk mereka dikenali di peringkat antarabangsa.

DEON
DEON

“Pertandingan ini antara inisiatif profesional baharu kami yang sejajar dengan matlamat Lotus’s Malaysia untuk menyokong komuniti dan industri makanan tempatan melalui penyediaan bahan segar berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

“Lotus’s Malaysia sentiasa menjadi rakan yang boleh dipercayai pelanggan sama ada untuk isi rumah mahupun golongan profesional,” katanya ketika ditemui sewaktu pertandingan itu diadakan di sini pada Ahad.

Deon menambah, kejayaan penganjuran sulung Masak-Masak Ceria menjadi pemangkin kepada usaha Lotus’s Malaysia menyediakan lebih banyak platform untuk menyemai bakat kulinari tempatan.

Artikel Berkaitan:

“Matlamat kami bukan sekadar menjual, tetapi membantu pelanggan dan pemilik perniagaan menjana keuntungan serta berkembang lebih pesat dalam industri makanan,” jelas Deon.

Beliau berkata, tiga pemenang utama kategori profesional akan mewakili Malaysia di Thailand Ultimate Chef Challenge (TUCC) 2026 di Bangkok.

Peserta pertandingan menampilkan kreativiti masing-masing dalam penyediaan hidangan.
Peserta pertandingan menampilkan kreativiti masing-masing dalam penyediaan hidangan.

TUCC 2026 bertaraf antarabangsa dan diiktiraf oleh World Association of Chefs’ Societies (Worldchefs).

Juara keseluruhan pertandingan dimenangi cef Muhammad Syafi q Syahmi Saidon, manakala tempat kedua dan ketiga ialah cef Leo Wong dan cef A Yuventhiran Pillai.

Selain itu, cef Ahmad Wafi Rosli pula diumumkan juara bagi kategori Cef Muda.

Juara utama menerima baucar tunai Lotus’s bernilai RM3,000 dan sijil pengiktirafan global.

Panel juri pertandingan kali ini terdiri daripada nama-nama besar dunia kulinari tanah air seperti Cef KK Yau, Cef Bob Adnin, Cef Amy Beh dan Cef Arieff Khalid yang dijemput untuk menilai peserta berdasarkan kreativiti, rasa dan persembahan hidangan.

Barisan juri menilai hidangan yang dihasilkan oleh peserta pertandingan.
Barisan juri menilai hidangan yang dihasilkan oleh peserta pertandingan.

Menurut KK Yau yang juga Pengarah Naib Benua Asia Worldchefs berkata, pertandingan itu berjaya menetapkan penanda aras baharu dalam dunia kulinari tempatan.

“Masak-Masak Ceria oleh Lotus’s menyediakan platform eksklusif untuk cef muda dan profesional mengasah bakat serta mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.

Presiden PCA, Bob Adnin pula memuji tahap kemahiran tinggi peserta yang berjaya mengolah bahan segar disediakan Lotus’s menjadi hidangan kreatif seperti beef Wellington, rulet dan variasi ayam dalam tempoh masa terhad.

BOB ADNIN
BOB ADNIN

“Bahan yang disediakan datang daripada sumber tempatan dan antarabangsa, membuktikan peserta mampu menghasilkan hidangan bertaraf dunia,” jelas beliau.

Pembakar semangat

Pemenang utama, Muhammad Syafiq, 22, dari Sepang, berkata, pertandingan itu memberi peluang besar kepada peserta muda untuk mengasah kemahiran dan meningkatkan kreativiti menggunakan bahan segar yang disediakan Lotus’s.

“Kemenangan ini membakar semangat saya untuk terus maju dan bersedia menghadapi cabaran seterusnya di peringkat antarabangsa,” katanya yang juga graduan Diploma daripada Food Institute of Malaysia (FIM).

Naib juara, Leo Wong, 32, berkata, kejayaan itu membuat beliau berasa lebih teruja untuk melangkah lebih jauh seperti mewakili Malaysia ke TUCC pada tahun 2026.

“Saya menghasilkan menu gabungan citarasa tempatan seperti ayam talam dan salmon nyonya, ia mencabar terutamanya sewaktu penglibatan rasa dan persembahan,” katanya yang menetap di Rawang.

Yuventhiran Pillai, 40, pula menyifatkan pertandingan itu antara yang paling mencabar pernah disertainya sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam bidang kulinari.

“Saingan kali ini amat sengit dengan penilaian juri yang sangat teliti. Saya berharap Lotus’s Malaysia akan terus menganjurkan pertandingan seperti ini agar lebih ramai cef Malaysia dapat menunjukkan bakat mereka di luar negara,” tambah beliau.

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!