Pemandu Porsche hilang kawalan, langgar tiga kenderaan

SUV terbabit dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang memasuki laluannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
SUV terbabit dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang memasuki laluannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
A
A
A

GEORGE TOWN – Dua penunggang motosikal cedera ringan selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Porsche Macan dalam kemalangan di Jalan Mount Erskine di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 pagi ketika SUV yang dipandu lelaki tempatan berusia 32 tahun itu datang dari arah bertentangan sebelum memasuki laluan sebuah MPV jenis Toyota Avanza.

Kejadian berlaku pada pagi Khamis di Mount Erskine.
Kejadian berlaku pada pagi Khamis di Mount Erskine.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dan dua motosikal lain turut terlibat dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan mendapati pemandu SUV terbabit dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang memasuki laluannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Dua penunggang motosikal yang masing-masing berusia 33 dan 48 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala kedua-dua pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap telefon bimbit pemandu SUV mendapati tiada sebarang rekod penggunaan semasa kemalangan berlaku.

"Ujian saringan pernafasan dan urin turut mengesahkan pemandu berkenaan bebas daripada pengaruh alkohol dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi satu minit yang diambil daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan kemalangan tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku ketika deretan kereta sedang menunggu di salah sebuah lampu isyarat di kawasan berkenaan.

Ringkasan AI

  • Dua penunggang motosikal cedera ringan selepas SUV Porsche Macan merempuh mereka di Jalan Mount Erskine
  • SUV dipandu oleh lelaki tempatan berusia 32 tahun, terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengelak motosikal lain
  • Selain dua motosikal, sebuah MPV Toyota Avanza juga terlibat dalam kemalangan tersebut
  • Pemandu SUV bebas dari alkohol dan dadah menurut ujian saringan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!