Buruh binaan maut nahas, kereta bertembung BMW

Keadaan kereta Proton Wira dipandu mangsa yang remuk selepas bertembung dengan sebuah BMW di Jalan Bukit Kor, Marang pada Khamis.
Keadaan kereta Proton Wira dipandu mangsa yang remuk selepas bertembung dengan sebuah BMW di Jalan Bukit Kor, Marang pada Khamis.
A
A
A

MARANG - Seorang buruh binaan maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Marang - Bukit Payong dekat Bukit Kor, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Fadhil Ahmad, 34, yang memandu kereta jenis Proton Wira, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghala ke Bukit Payong untuk pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Dua.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW yang dipandu lelaki berusia 58 tahun bersama seorang penumpang wanita berumur 26 tahun.

"Pemandu dan penumpang BMW berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan kerja di Marang.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Sofian turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi undang-undang dan isyarat lalu lintas.

"Mana-mana saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Syafiq Amysyar Zaharuddin di talian 09-6182222," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang buruh binaan maut dalam kemalangan di Jalan Marang - Bukit Payong
  • Mangsa, Muhamad Fadhil Ahmad, meninggal dunia di lokasi kejadian
  • Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Dua
  • Kereta mangsa hilang kawalan dan bertembung dengan kereta BMW tanpa kecederaan pada pemandu dan penumpang BMW
  • Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!