Pasangan warga asing diburu kes pecah rumah

KUALA LANGAT - Polis giat memburu seorang lelaki dan wanita warga asing melibatkan kes pecah rumah di Telok Panglima Garang di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan kejadian diterima pihaknya sekitar jam 10.41 pagi.
Menurutnya, pengadu iaitu lelaki tempatan mengalami kerugian wang tunai.
"Suspek dalam kes ini disyaki seorang lelaki dan perempuan warga asing yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Iriz warna putih.
"Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
