Pendekatan kreatif didik masyarakat fahami nilai integriti

Pembinaan masyarakat berintegriti perlu bermula sejak kecil dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar di menara gading. Gambar kecil: Halmey
Pembinaan masyarakat berintegriti perlu bermula sejak kecil dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar di menara gading. Gambar kecil: Halmey
A
A
A

SHAH ALAM - Pendekatan menggunakan buku komik pendidikan antirasuah disifatkan sebagai langkah kreatif dalam mendidik masyarakat agar memahami nilai integriti dengan lebih dekat dan menyeronokkan.

Menurut Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Halmey Hamdah, pendekatan itu bukan sekadar inovatif, tetapi menandakan anjakan paradigma dalam usaha membina ekosistem pendidikan yang menolak rasuah sejak di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Felo Penyelidik Felo Penyelidik Institut Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu, kajian pendidikan moral menunjukkan bahawa mesej nilai lebih mudah dihayati apabila disampaikan melalui naratif visual seperti komik berbanding teks perundangan atau ceramah konvensional.

"Dengan gaya penceritaan yang santai dan watak yang dekat dengan kehidupan harian, pelajar dapat memahami konsep kejujuran, amanah serta tanggungjawab tanpa tekanan akademik.

"Ia menjadikan integriti bukan sekadar subjek, tetapi gaya hidup yang boleh dicontohi," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menegaskan, pembinaan masyarakat berintegriti perlu bermula sejak kecil dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar di menara gading.

“Nilai integriti perlu ditanam sejak peringkat taska dan tadika kerana di situlah asas moral manusia mula terbentuk," ujarnya lagi.

Rasuah Busters
Rasuah Busters

Artikel Berkaitan:

Justeru, Halmey memberitahu, pendekatan kepada kanak-kanak perlu berbeza bukan melalui istilah rasuah atau salah guna kuasa, tetapi melalui cerita dan aktiviti yang menekankan nilai jujur, amanah serta tidak mengambil hak orang lain.

Tambah beliau, jika kanak-kanak dibiasakan dengan nilai jujur walau tiada siapa melihat, maka mereka akan membesar dengan prinsip moral yang kukuh.

Beliau turut melihat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan institusi pengajian tinggi menghasilkan komik antirasuah menunjukkan bahawa pencegahan rasuah tidak lagi eksklusif kepada agensi penguatkuasaan, tetapi memerlukan sinergi dengan dunia pendidikan, media dan masyarakat.

"Komik antirasuah hanyalah satu permulaan, selepas ini bahan seperti animasi, permainan digital, video pendek dan siri drama pendidikan juga boleh dimanfaatkan untuk mendekati generasi muda," tambahnya lagi.

Ringkasan AI

  • Pendekatan menggunakan buku komik pendidikan antirasuah disifatkan sebagai kreatif dan inovatif
  • Pendekatan komik memudahkan mesej nilai integriti dihayati melalui naratif visual yang santai dan dekat dengan kehidupan harian
  • Integriti diajar sebagai gaya hidup sejak peringkat kanak-kanak melalui cerita dan aktiviti yang menekankan nilai jujur serta amanah
  • Kerjasama dengan SPRM dan institusi pengajian tinggi dalam menghasilkan komik antirasuah menunjukkan sinergi pencegahan rasuah dengan dunia pendidikan
  • Media seperti animasi, permainan digital dan video pendek dilihat sebagai bahan berikutnya untuk pendekatan antirasuah bagi generasi muda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!