Ketua PBB desak akhiri 'mimpi ngeri keganasan' di Sudan

Penduduk Sudan yang melarikan diri dari El-Fasher selepas bandar itu jatuh ke tangan RSF tiba di Tawila, Darfur Barat. - AFP
Penduduk Sudan yang melarikan diri dari El-Fasher selepas bandar itu jatuh ke tangan RSF tiba di Tawila, Darfur Barat. - AFP
A
A
A

DOHA – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Selasa menggesa agar pertempuran di Sudan dihentikan, sambil memberi amaran bahawa krisis tersebut semakin meruncing selepas kumpulan paramilitari menguasai sebuah bandar penting.

Guterres menggesa pihak-pihak yang bertelagah supaya 'kembali ke meja rundingan, akhiri mimpi ngeri keganasan ini – sekarang.'

“Krisis yang mengerikan di Sudan... sedang hilang kawalan,” katanya kepada wartawan di luar Sidang Kemuncak Pembangunan Sosial Sedunia di Doha.

Pada akhir Oktober lalu, kumpulan Rapid Support Forces (RSF) yang berperang dengan tentera Sudan sejak 2023, menawan bandar strategik El-Fasher selepas mengepungnya selama 18 bulan.

Laporan menyebut berlaku pembunuhan, keganasan seksual, rompakan, serangan ke atas pekerja bantuan dan penculikan di dalam dan sekitar El-Fasher, di mana komunikasi masih banyak terputus.

“Ratusan ribu orang awam terperangkap akibat kepungan ini. Mereka mati akibat kekurangan zat makanan, penyakit dan keganasan,” kata Guterres.

Beliau turut memberi amaran mengenai pelanggaran gencatan senjata di Genting Gaza yang sepatutnya menghentikan perang dua tahun di wilayah itu serta mendesak semua pihak agar menghormati perjanjian damai fasa pertama. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menggesa penghentian pertempuran di Sudan
  • Guterres meminta pihak bertelagah kembali berunding demi mengakhiri keganasan
  • Krisis di Sudan dinyatakan oleh Guterres sebagai semakin hilang kawalan
  • Kumpulan Rapid Support Forces menawan bandar El-Fasher, pembunuhan dan keganasan seksual dilaporkan berlaku
  • Guterres amaran tentang pelanggaran gencatan senjata di Genting Gaza dan menggesa penghormatan terhadap perjanjian damai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!