Lubang benam dikesan di Sungai Ara

Lubang benam dikesan di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang pada Selasa. Foto Facebook ADUN Bayan Lepas
Lubang benam dikesan di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang pada Selasa. Foto Facebook ADUN Bayan Lepas
A
A
A

BAYAN LEPAS - Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara di sini pada petang Selasa.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kejadian itu dikesan lebih awal dan telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, pasukan JKR kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati serta mematuhi arahan kakitangan bertugas di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, ketika ini, Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim telah ditutup kepada pengguna jalan raya.

“Setakat ini, tiada laporan mangsa terlibat atau kemalangan susulan kejadian berkenaan.

“Kerja-kerja pembaikan dan pemantauan akan dilaksanakan bagi mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya,” ujarnya.

Difahamkan, lubang benam tersebut berkeluasan 5 meter x 5meter.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lubang benam berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara di Bayan Lepas
  • Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, telah memaklumkan kejadian itu kepada JKR untuk tindakan lanjut
  • Pasukan JKR sedang dalam perjalanan untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan
  • Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim ditutup kepada pengguna jalan raya
  • Lubang benam tersebut adalah berkeluasan 5 meter x 5 meter

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!