'Ada tangan pastikan saya tak sendirian' - Anwar

Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar (kanan) berkongsi gambar beliau berjalan dengan diiringi isterinya, Dr Wan Azizah.
Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar (kanan) berkongsi gambar beliau berjalan dengan diiringi isterinya, Dr Wan Azizah.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sentiasa berada di sisi beliau.

Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkongsi gambar beliau berjalan dengan diiringi isterinya, Dr Wan Azizah.

“Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah,” tulisnya ringkas yang turut meletakkan emoji love.

Hantaran itu disertakan tanda pagar #tulangrusuk, menggambarkan Wan Azizah melengkapi hidup beliau selama puluhan tahun.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan mengalami masalah belakang yang menyebabkan pergerakan terbatas sehingga memaksa beliau membatalkan lawatannya ke Pahang atas nasihat pegawai perubatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  • Anwar berkongsi gambar berjalan sambil menggenggam tangan Dr Wan Azizah di Facebook
  • Menerusi hantaran tersebut, Anwar menunjukkan rasa cintanya kepada Wan Azizah
  • Hantaran itu menggunakan hashtag #tulangrusuk, menyimbolkan Wan Azizah sebagai pelengkap hidup Anwar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!