Penoreh getah mengaku tetak anak saudara dengan parang

Noradin (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan menetak anak saudara angkatnya menggunakan parang minggu lalu. Foto: SINAR HARIAN/ ADILA SHARINNI WAHID
Noradin (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan menetak anak saudara angkatnya menggunakan parang minggu lalu. Foto: SINAR HARIAN/ ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan menetak anak saudara angkatnya menggunakan parang minggu lalu.

Tertuduh, Noradin Ibrahim, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, Noradin didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Ahmad Firhan Hadi Hamzah, 44, menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kulim pada jam 6 petang 28 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 Disember depan untuk fakta dan hukuman serta tertuduh tidak dibenarkan jamin.

Sebelum ini dalam kejadian itu, mangsa cedera parah di tangan dan kepala akibat ditetak.

Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham yang sudah lama berlaku.

Suspek merupakan adik angkat ibu mangsa dan tinggal berhampiran dengan rumah mangsa.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang penoreh getah mengaku bersalah atas tuduhan menetak anak saudara angkatnya di Kampung Kulim
  • Noradin Ibrahim didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun
  • Mangsa cedera parah di tangan dan kepala
  • Punca kejadian disebabkan perselisihan faham yang sudah lama berlaku antara suspek dan mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!