Polis siasat remaja disyaki terlibat kes buli

Tular di media sosial TikTok Oh Malaysia Media, satu video menunjukkan Adzli turut serta dalam program turun padang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat sebuah rumah di Labu Besar, Kulim.
Tular di media sosial TikTok Oh Malaysia Media, satu video menunjukkan Adzli turut serta dalam program turun padang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat sebuah rumah di Labu Besar, Kulim.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Kedah mengesan dua remaja disyaki terlibat kes buli membabitkan seorang murid dari sebuah sekolah di Kulim, yang dilaporkan berlaku tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, dua remaja berusia 12 tahun (ketika kejadian) termasuk ibu bapa mereka telah dikenal pasti.

"Tindakan telah diambil, kenal pasti dan panggil kedua-dua suspek...jalankan siasatan dan kita akan pastikan kejadian buli tidak berulang...mangsa berusia 11 tahun ketika kejadian," katanya.

Dalam kes sama, beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal terhadap mangsa memandangkan kes telah lama berlaku dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, pihaknya tetap menyokong proses pemulihan dan kaunseling termasuk kempen kesedaran bagi mengekang kejadian seumpama itu berulang.

Tangkap layar video tular membabitkan kes buli disyaki berlaku di Kedah.
Tangkap layar video tular membabitkan kes buli disyaki berlaku di Kedah.

"Polis telah hadir ke sekolah dan beri taklimat keselamatan dan pendedahan kepada murid dalam perhimpunan...dengan langkah tersebut diharapkan mampu mencegah kegiatan seperti ini," katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, polis memandang serius perkara tersebut dan akan memantau perkembangan susulan dengan pihak sekolah dalam usaha membanteras kes buli membabitkan murid dan pelajar.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Adzli berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian.

Sebelum ini, tular di media sosial TikTok Oh Malaysia Media, satu video berdurasi 54 saat menunjukkan Adzli turut serta dalam program turun padang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat sebuah rumah di Labu Besar, Kulim.

Dalam kunjungan tersebut, Saifuddin dilihat menyantuni seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang pada mulanya berdiam diri sebelum menceritakan 'takut' ke sekolah kerana bimbang dibuli.

Ibu bapa mangsa memaklumkan anaknya enggan ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana risau insiden sama berulang.

Ringkasan AI

  • Polis Kedah mengesan dua remaja disyaki terlibat kes buli tahun lalu di Kulim
  • Dua remaja berusia 12 tahun ketika kejadian dan ibu bapa mereka telah dikenal pasti
  • Tindakan siasatan telah diambil terhadap kedua remaja tersebut dan tiada kesan kecederaan fizikal pada mangsa
  • Polis menyokong proses pemulihan dan kaunseling bagi mangsa dan menjalankan kempen kesedaran di sekolah
  • Tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut hingga kini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!